Seorang pegawai bank HSBC, dan suaminya didakwa di Mahkamah Sesyen pada 
Rabu terhadap beberapa pertuduhan berhubung pemindahan dan pengeluaran 
wang berjumlah RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat 
Malaysia Airlines (MAS) MH370, antara Mei dan Julai lepas.
Nur Shila Kanan, 33, menghadapi 12 pertuduhan manakala suaminya yang 
juga mekanik, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, berdepan empat 
pertuduhan. Mereka mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.
Nur Shila menghadapi empat pertuduhan memindahkan wang milik rakyat 
Malaysia Hue Pui Heng berjumlah RM40,000 ke dalam akaun rakyat China, 
Tian Jun Wei manakala RM35,000 lagi dipindahkan ke dalam akaun Ali Faran
 Khan. Dia didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu mengikut Seksyen 
4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman denda maksimum 
RM150,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit 
kesalahan.
Nur Shila turut berdepan tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu 
sebagai tulen iaitu borang permohonan baharu kad debit atas nama Tian 
dan dua borang pindahan tempatan akaun simpanan atas nama Ju Kun, 
warganegara China dan Tan Size Hiang, seorang pramugara. Dia juga didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu Borang Permohonan 
Perkhidmatan Perbankan Internet atas nama Judy Margaret Lai untuk 
mendapatkan 'Security Device' bagi mengaktifkan perkhidmatan perbankan 
internet.
Bagi keempat-empat kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun
 Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 465 kanun sama yang membawa
 hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya,
 jika sabit kesalahan. mstar
-- Gambar Wanita Seksi Kejohanan Muay Thai Piala MB Kedah Jadi Bualan
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court 

No comments:
Post a Comment