Gambar separuh bogel pasangan pengantin yang dikatakan bergambar di 
hadapan sebuah bank Jalan Sultan Yussuf kini mula tersebar dan menjadi 
tarikan di laman sosial.
Gambar tersebut menunjukkan pengantin wanita itu hanya memakai pakaian 
dalam dan vel pengantin, manakala pasangan lelaki tidak berbaju dan 
 hanya memakai 'bow tie' serta seluar panjang bewarna hitam. Tidak dijelaskan bila penggambaran itu dibuat, namun gambar tersebut berada di laman sosial sejak Isnin.
Pasangan pengantin itu kelihatan tidak segan walaupun ada pengguna jalan itu mengambil gambar mereka. Bagaimana pun, pengurus besar galeri perkahwinan yang hanya mahu 
dikenali sebagai Koo berkata, pasangan tersebut merupakan model dan 
hanya menjalankan penggambaran, bukan untuk berkahwin.
Koo yang menguruskan penggambaran itu berkata, jurugambar biasanya lebih
 'kreatif' dan amat terkejut dengan maklum balas di laman sosial. Katanya, dia sudah mengambil kira dari segi aspek undang-undang dan yakin ia bukan satu kesalahan. "Orang ramai terlalu 'berlebih-lebih' kerana mereka tidak pernah melihat
 wanita yang memakai bikini berjalan di tengah jalan sebelum ini.
"Mereka ada hak untuk mengadu," jelas Koo sambil memberitahu sudah menjadi jurugambar profesional lebih 20 tahun. "Saya memilih lokasi ini kerana amat bersesuaian dengan tema dan konsep," tambahnya. Sementara itu, Ketua Polis Perak,  Datuk Acryl Sani Abdullah 
Sani berkata, pihak belum menerima sebarang laporan, namun akan 
menyiasat perkara tersebut. mstar
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)
--  Ustaz Don Dan Anak Di Majlis Konvokesyen Isterinya (Gambar)  

No comments:
Post a Comment