ad ld

Wednesday, August 6, 2014

Honda Jazz 2014 Harga Spesifikasi Dan Pilihan Warna (Gambar)

Honda Jazz serba baharu dilancarkan di Malaysia sekaligus menjadikan Jazz generasi ketiga terus dianggap pengubah permainan dalam segmen hatchback kompak menerusi pakej versatiliti, mampu milik dan kefungsian yang bernilai tinggi.


Mula diperkenalkan pada tahun 2001, Jazz generasi pertama dan keduanya pantas menetapkan penanda aras dalam segmen hatchback. Model-model ini sangat berjaya dan popular di seluruh dunia apabila mencatat jualan 5.2 juta unit serta menjadi model terlaris Honda.

Di Malaysia, lebih 30,573 unit Jazz telah terjual sehingga kini. Melihat potensinya yang cukup besar, Honda Malaysia telah membuat satu keputusan strategik untuk memasang Jazz Hybrid dan Jazz Petrol di kilangnya di Melaka. Hingga ke hari ini, kedua-dua model Jazz CKD itu menerima sambutan yang amat baik dan terjual hampir 13,000 unit dalam tempoh kurang dua tahun. Menjadi sebuah model global, Jazz serba baharu dibangunkan dengan matlamat untuk menjadi “Kompak Dengan Fungsi Terbaik di Dunia”.


Ketika membangunkan Jazz serba baharu, pasukan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Honda mereka bentuk semula Jazz supaya menjadi model yang Sangat Versatil dan Luas, memiliki Teknologi dan Ciri Ketersambungan Inovatif serta Reka Bentuk dan Prestasi yang mendahului kelasnya. Jazz serba baharu menampilkan identiti reka bentuk baharu Honda, “Exciting H Design!!!” yang membuatkan kereta ini kelihatan garang dan sporty.

Konsep rekaan luaran yang dikenali sebagai “Crossfade Monoform Exterior” itu nyata dinamik dan maju, pada masa yang sama terus mewarisi karekteristik unik sebuah Jazz. Ia menggabungkan kabin yang sporty dan dinamik dengan bahagian bawah badan yang lebih rendah, sekali gus memberi penekanan terhadap kestabilan dan kelebaran rekaannya. Jazz serba baharu dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang telah ditambah baik dan dipadankan bersama CVT yang baru direka bentuk.

Kotak gear CVT ini dibangunkan di bawah “Earth Dreams Technology” Honda. Padanan platform subkompak global baharu Honda yang terdiri daripada struktur ringan dan tegar terus membawa Jazz ke satu tahap baharu dari segi penjimatan bahan api tanpa mengorbankan prestasi dinamiknya. Apa yang membezakan Jazz serba baharu adalah ruang dalamannya yang sangat versatil dan penuh fungsi. Rekaan tangki bahan api yang terletak di tengah-tengah dikekalkan. Ruang kabinnya kini lebih luas, lebih ringan dan tapak rodanya lebih panjang.

Pastinya, ciri yang paling disukai iaitu tempat duduk “Magic Seats” kini hadir dengan empat mod konfigurasi yang lebih baik berbanding sebelumnya! Hasilnya, Jazz serba baharu memiliki kabin lebih besar dengan peningkatan ketara pada bahagian bahu dan kaki penumpang belakang serta ruang kargo. Jazz serba baharu dilengkapi inovasi serta ciri ketersambungan termaju dan intuitif yang menambah elemen keseronokan pemanduannya. Ia merupakan kereta pertama dalam segmennya yang dilengkapi paparan skrin sentuh Advanced Touch Audio bersaiz 7 inci dengan fungsi MirrorLink (varian V).

Turut ditawarkan ialah paparan meter pelbagai maklumat dan sistem pendingin hawa automatik dengan satu panel kawalan sentuh (varian V) dan sistem Kemasukan Pintar dengan Butang Penghidup Enjin (varian E & V). Stereng multi fungsi pula menampilkan sistem kawalan telefon bebas tangan (varian V) dan Kawalan Pengecaman Suara (varian V) yang memberi kemudahan di hujung jari pemandu. Sama seperti semua model Honda yang lain, aspek keselamatan menjadi keutamaan buat  Jazz serba baharu.

Jazz serba baharu dilengkapi dengan lebih banyak ciri keselamatan seperti 6 beg udara (varian V); yang merangkumi dua beg udara SRS pada bahagian hadapan, beg udara sisi (i-Side) dan beg udara Side Curtain, Emergency Stop Signal (varian E & V), Vehicle Stability Assist (VSA) (varian E&V), kerangka G-CON dan ISO Fix.

Kesemua tiga varian didatangkan dalam lima warna iaitu perak (New Tinted Silver) yang merupakan warna baru sempena pengenalan Jazz serba baharu, biru (Brilliant Sporty Blue Metallic), putih (Taffeta White), hitam (Crystal Black Pearl) dan kelabu (Modern Steel Metallic).

Honda Malaysia turut menawarkan jaminan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan sela penyelenggaraan untuk setiap 10,000km. Ini memberi satu lagi alasan kepada para pelanggan untuk menjadikan Jazz sebagai kenderaan pilihan mereka. Dengan 76 pengedar sah di seluruh negara, para pelanggan Honda dijamin servis berkualiti untuk kereta mereka. Honda Malaysia mensasarkan untuk menjual 1,200 unit Jazz sebulan. Honda Malaysia percaya bahawa ciri-ciri premium, teknologi termaju dan harga Jazz serba baharu yang berpatutan akan menarik minat ramai di Malaysia.

Di samping memacu syarikat untuk mencapai sasaran jualannya pada tahun 2014 iaitu sebanyak 76,000 unit. Sepanjang separuh pertama tahun 2014, Honda Malaysia sudah berjaya menjual 37,178 unit kenderaaan, peningkatan sebanyak 70% berbanding tempoh sama tahun lalu. Maklumat lanjut mengenai Honda Jazz serba baharu atau ingin menempah slot pandu uji, sila kunjungi mana-mana pengedar Honda di seluruh negara, hubungi talian Tol Percuma Honda 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my. mstar

--  Irma Hasmie Bersalin Anak Kedua Di Prince Court (Gambar)
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court

No comments: