Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia hari ini 
akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan lauk yang dibeli 
dari sebuah pasar malam di Kuala Terengganu, Sabtu lepas. Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme, meninggal dunia kira-kira 1 petang tadi
 ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital 
Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ibunya Siti Zuriana Mohd Yusoff, 28, berkata anak tunggalnya itu ke 
pasar malam itu bersama-sama suaminya pada kira-kira 6.30 petang dan 
membeli ayam goreng, nasi goreng dan air keladi. Beliau berkata hanya suaminya Mohd Ilme Mat Adam, 31, dan anaknya yang 
menjamah makanan itu sebaik mereka tiba di rumah mereka di Bukit Payung 
Marang.
"Kira-kira 7 pagi semalam, mereka mengadu sakit perut dan cirit-birit 
sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Payong. "Sehingga pagi tadi, keadaan anak dan suami masih serupa dan kami 
sekali lagi ke klinik kesihatan sama untuk rawatan," katanya kepada 
pemberita ketika ditemui di bilik mayat HSNZ. Sebaik tiba di pusat kesihatan itu, keadaan anaknya semakin lemah dan 
terpaksa menerima bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke HSNZ untuk 
rawatan lanjut.
Siti Zuriana berkata semasa dalam perjalanan ke HSNZ, beliau menyedari 
nadi anaknya tiada manakala suaminya yang bertugas sebagai tentera di 
Kem Padang Midin masih lemah. "Sebelum ini, Muhammad Iqbal cergas dan aktif serta tidak menghidapi sebarang penyakit," katanya. Mohd Ilme pula berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap peniaga pasar malam itu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, 
Keluarga dan Masyarakat Muhammad Pehimi Yusof berkata pihaknya sedang 
menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar 
kematian kanak-kanak itu. Pihaknya masih menunggu laporan daripada doktor berhubung kes itu dan 
jika berpunca daripada keracunan makanan, tindakan sewajarnya akan 
diambil terhadap peniaga terbabit, katanya.  bernama
--  Hepatitis A Di Dua Kampung Hulu Terengganu, 27 Disyaki Dijangkiti
--  Kenduri Lauk Basi Busuk Dan Nasi Mentah Di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang
--  Ammar Dipukul Bapanya - Nicolai Mikkelsen Di Sweden (Gambar)
--  Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)
1 comment:
kesian baca kisah ni... nak makan kan.. kat sana mmg berbagai2 makanan di jual.. mmg rambang mata nak beli.. tapi peniaga pun.. buat lah dengan cara yg bersih... takziah utk arwah dan keluarga.
Post a Comment