Kurang dua hari lagi majlis pernikahan antara pasangan sensasi Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bakal berlangsung. Namun status majlis ini menjadi tanda tanya apabila Syamsul dilaporkan 
dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles dan disahkan menghidap demam 
denggi.
Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Datuk Yusof Haslam 
memberitahu Syamsul kini berada dalam keadaan yang tidak konsisten. “Buat masa ini keadaannya masih lemah dan doktor menjangkakan mungkin akan ambil masa empat hingga lima hari untuk pulih. “Memandangkan keadaannya tidak konsisten, jadi kami sendiri tidak tahu 
sama ada dia boleh sembuh sepenuhnya sebelum majlis pernikahan 
berlangsung atau tidak,” ujarnya.
Melihatkan keadaan anak lelakinya itu, Yusof memberitahu akan bertemu dengan keluarga pihak perempuan sebagai persediaan. “Malam ini (semalam) saya akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan
 untuk berbincang mencari alternatif lain untuk majlis pernikahan dan 
persandingan di pihak perempuan hujung minggu ini. “Kalau keadaan kesihatan Syamsul masih tidak mengizinkan, mungkin kita 
akan tunda tarikh, atau hanya adakan majlis pernikahan sahaja, tapi itu 
semua terpulang pada keadaannya.
“Kami sekeluarga hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan 
kesihatan Syamsul akan pulih supaya semuanya dapat berjalan seperti yang
 dirancang,” jelasnya. Pada masa yang sama, Yusof turut menafikan majlis pernikahan tersebut 
akan dijalankan di hospital seperti yang dinyatakan Syamsul sebagai 
gurauan. “Majlis ini tidak akan dijalankan di hospital kerana saya rasa memang 
tidak sesuai dan hanya akan mengganggu pesakit lain, lagi pun saya rasa 
ia kurang manis. “Saya juga tidak yakin kalau pihak hospital juga akan memberikan kebenaran,” katanya. sinarharian
--  Pernikahan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Di Masjid Al Mukarramah Sri Damansara
--  Shalwati Mengaku Pukul Ammar Mengamuk Lepas Bergaduh Dengan Aishah Di Sweden (Gambar)
--  Hanez Suraya Tak Takut Balasan Isu Rampas Suami Orang (Gambar)
--  Mizz Nina Nekad Berhenti Menyanyi (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

No comments:
Post a Comment