ad ld

Friday, September 30, 2011

(Gambar) Mohd Raffie Mangsa Simbah Asid Syukur Tak Buta

Lately mmg byk kes simbah asid. Dri motif cemburu, dendam smp yg xde sebab just saja saja simbah pn ada kan. Benda murah, mudah diperolehi dan hasil impak yg besar, itulah asid.

-Tiada kata mampu diucapkan oleh seorang jurujual minyak wangi yang menjadi mangsa simbahan asid pada hari kelapan Ramadan lalu selain bersyukur kerana mata kanannya berjaya diselamatkan.

Bagi Mohd. Raffie Abdul Latiff, 28, kejayaan sekumpulan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan pembedahan ke atas mata kanannya sehingga kembali pulih amat tidak diduga sama sekali.

Pembedahan tersebut diketuai oleh Ketua Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif HKL, Dr. Normala Basiron yang sebelum ini turut merawat mangsa renjatan elektrik, Muhamad Hairuman Miskon, 22. Malah lebih menggembirakan jurujual minyak wangi itu apabila kulit badannya yang melecur akibat terkena asid juga semakin pulih.

"Sejak tragedi itu, saya sudah pasrah mata kanan saya akan buta tetapi tak sangka pula ia boleh pulih. Jadi kedua-dua mata boleh melihat kembali. "Terima kasih banyak-banyak kepada semua tenaga pekerja HKL terutamanya di Unit Rawatan Kebakaran kerana menjaga saya selama ini," katanya. kosmo

-- Gambar Anak Erra Fazira, Aleesya Yg Makin Comel
-- Tolak Seks, Nurul Awatif Dibunuh Dibakar Di Ampang Jaya

1 comment:

kurus said...

syukur dia x apa2 .. at least dia x buta kan dik ..