ad ld

Monday, March 10, 2014

Luigi Maraldi Pemilik Pasport Dicuri Naik MH370 Masih Di Thailand (Gambar)

Luigi Maraldi, warga Itali yang kehilangan pasport ketika bercuti di Phuket tahun lalu terkejut apabila namanya tersenarai antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.


Bercakap kepada The Star, Maraldi, 37, yang kini sedang bercuti di Phuket berkata, beliau sudah melaporkan kepada polis, jabatan imigresen Thailand dan pihak Kedutaan Itali berhubung kemungkinan identitinya digunakan oleh individu yang menaiki pesawat yang hilang daripada radar tersebut.

"Saya OK. Saya nak ke pantai. Saya tak tahu bila semua ini berlaku. "Semua orang mula cuba menghubungi saya termasuk wartawan daripada Itali. Tapi saya fikir saya tidak mahu diganggu," katanya. Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya pada 1 Ogos 2013 selepas mencagarkan kepada agensi kereta sewa dan hanya diberitahu telah hilang sewaktu mahu mengembalikan kereta berkenaan. Dia bagaimanapun berjaya mendapatkan dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke Itali.

Laporan mengenai kehilangan pasport itu terdapat dalam pengkalan data polis antarabangsa (interpol). Selain Maraldi, turut dilaporkan satu lagi pasport milik warganegara Austria turut digunakan oleh individu untuk menaiki pesawat MH370. Namun, pemilik sebenar pasport itu, Christan Kozel dilaporkan masih hidup dan berada dalam keadaan baik oleh pihak berkuasa. Kozel memberitahu media negaranya bahawa pasport miliknya dicuri ketika melawat Thailand pada 2012. mstar

--  Dua Orang Menyamar Naik Pesawat MH370 Guna Pasport Orang Lain
--  Pernikahan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Di Masjid Al Mukarramah Sri Damansara
--  Zed Zaidi Perlekeh Insiden Pesawat MAS Hilang, Mohon Maaf (Gambar)
--  Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Sinopsis
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

No comments: