Dia dikatakan telah melompat dari jambatan dari arah Batu Kawan kira-kira pukul 2.40 petang. Bagaimanapun dia yang dikatakan terapung di laut pada kedalaman 500 meter di KM13.9 jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah itu berjaya diselamatkan oleh nelayan yang lalu di kawasan tersebut. Polis tiba tidak lama kemudian dan dia dibawa ke Pangkalan Polis Marin Batu Uban.
Dia kini menjalani rawatan di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, suspek itu kini dalam keadaan stabil dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri. Mereka yang menghadapi tekanan emosi di Pulau Pinang boleh menghubungi Befrienders di 04-281 5161/1108; Ipoh 05-547 7933/7955; dan Lembah Klang 03-7956 8144/8145. mstar
-- Saya Rasa Terasing Dengan Ibu - Aishah Azizul Sweden (Gambar)
-- Nak Terjun Jambatan Pulau Pinang, Putus Cinta (Gambar)
-- Gambar Kemalangan Maut Atas Jambatan Pulau Pinang
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
No comments:
Post a Comment