ad ld

Friday, October 11, 2013

Pesawat Maswings Terhempas Di Kudat 1 Maut 2 Parah (Gambar)

Seorang meninggal dunia, manakala dua lagi cedera parah apabila pesawat komersil milik MASwings terhempas di sebuah kampung di Kudat pada Khamis. Butiran berkenaan kekal walaupun difahamkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera dalam nahas yang berlaku sekitar pukul 2.55 petang Khamis. Difahamkan seorang juruterbang dan dua lagi penumpang cedera parah sementara penumpang lain mengalami kecederaan ringan.


Terdapat 16 orang dalam pesawat tersebut termasuk juruterbang. Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Kudat untuk mendapatkan rawatan lanjut. Wakil MASWings ketika dihubungi berkata pihaknya akan mengeluarkan butiran lanjut mengenai kejadian akan dikeluarkan tidak lama lagi kerana pihaknya masih mengumpulkan maklumat sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden yang berlaku.

Berdasarkan kenyataan saksi mengatakan pesawat terhempas secara tiba-tiba ekoran tiupan angin kencang ketika kejadian bagaimanapun pegawai MASWings enggan mengesahkan perkara tersebut. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas di Kampung Sinsan. "Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian. "Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi di sini.

MAS dalam kenyataan malam Khamis, berkata jumlah yang cedera ialah lima orang dan jumlah penumpang dan krew dalam pesawat itu sebanyak 16 orang. MAS berkata punca nahas sedang disiasat. "Fokus syarikat penerbangan ialah memastikan keselamatan dan kebajikan penumpang, krew dan pihak-pihak lain yang terjejas. "MAS bersama-sama MASwings akan memantau keadaan di tempat kejadian dan memaklumkan perkembangan terkini," menurut kenyataan itu.

Ini merupakan nahas pertama membabitkan MASwings di Kudat. Keluarga penumpang pesawat itu diminta menghubungi 03-78841234 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut. Kudat terletak kira-kira 170 kilometer dari Kota Kinabalu. MASWings menawarkan perkhidmatan udara di kedua-dua bandar berkenaan. mstar

-- Pasar Raya C Mart Jitra Runtuh (Gambar)
-- Majlis Baby Shower Marion Caunter Dan SM Nasaruddin (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments: