Seorang wanita berusia 22 tahun nyaris maut terkena tembakan di
persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Binjai, Kubang Kerian,
Jumaat. Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian
pukul 6.40 petang itu menyebabkan Nurul Atikah Sidek mengalami luka di
bahagian hidung, muka serta tangan kanan dipercayai kesan terkena
serpihan cermin kereta yang pecah akibat tembakan.
"Terdapat lima kesan tembakan ditemui pada kereta mangsa iaitu dua di
cermin sebelah kanan pemandu, satu pada pintu dan dua di cermin hadapan
sebelah pemandu. "Tembakan itu bagaimanapun tidak tepat mengenai mangsa dan penembak
kemudian melarikan diri ke arah Bachok dengan motosikal," katanya dalam
kenyataan, pada Sabtu.
Mazlan berkata ketika kejadian, wanita yang berasal dari Kampung
Karang Banggu, Kota Baharu itu sedang memandu kereta seorang diri dari
arah Bachok menghala ke Kubang Kerian sebelum berhenti di lampu isyarat
itu. Beliau berkata kereta jenis Proton Persona itu dihampiri empat
individu yang menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada pembonceng
motosikal itu melepaskan lima das tembakan.
"Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dihantar ke Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan keadaannya stabil. "Mangsa memberitahu tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa dan
kemungkinan dalam kes ini suspek tersalah sasaran," katanya. mstar
-- Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Mengaku Nikah Dua Kali (Gambar)
-- Aeril Zafrel Kesal Anaknya Bersama Wawa Zainal Dilabel Anak Haram
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)
No comments:
Post a Comment