Harga gula dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 mulai 
esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan,
 Datuk Seri Hasan Malek. Beliau berkata langkah pengurangan subsidi gula seperti yang diumum 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pembentangan Bajet 
2014 hari ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 
juta tahun ini dan RM551.25 juta tahun depan.
"Lebihan penjimatan ini nantilah yang akan digunakan untuk membiayai 
pembangunan infrastruktur dalam negara di masa depan," katanya kepada 
pemberita di lobi Parlimen hari ini. Sehubungan itu, Hasan berkata beliau mahu rakyat khususnya peniaga 
melihat pengurangan subsidi gula secara positif dan tidak menaikkan 
harga barangan makanan berasaskan gula secara mendadak.
"Kita mesti letakkan kepentingan rakyat lebih daripada segala-galanya, 
bukannya meletakkan kepentingan keuntungan peniaga itu sendiri, oleh 
itu, saya minta supaya peniaga juga bersama-sama dalam usaha kerajaan 
untuk mewujudkan kesejahteraan rakyat ini," katanya.
 Ketika membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat, Najib mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dimansuh berkuat kuasa esok. sinarharian
-- Tiket Bola Kelantan vs ATM This Is Kota Bharu (Gambar)
-- Gadis 15 Tahun Dibunuh Selepas Gagal Dirogol (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)
 
 
No comments:
Post a Comment