Bekas Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Mohd Zain Omar meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang awal pagi Ahad. Mohd Zain, 71, meninggal di rumahnya di Kampung Masjid, Bayan Lepas pada pukul 3.35 pagi selepas lebih sebulan uzur. Beliau juga mengidap kencing manis.
Isteri Allahyarham, Datin Mahani Shahidan, 69, berkata jenazah 
selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bayan Lepas selepas solat Zohor. "Beliau telah dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas Aidilfitri
 dan baru dibenar pulang ke rumah minggu lepas. Kami sekeluarga sentiasa
 bersamanya semasa dia terlantar sakit hinggalah saat beliau menghembus 
nafas terakhir," katanya kepada pemberita.
Yang turut menziarah jenazah Allahyarham ialah Yang Dipertua Negeri 
Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah 
Ahmad Badawi, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Tan Sri Annuar Musa dan 
beberapa pemimpin Barisan Nasional. Mohd Zain meninggalkan tiga orang anak iaitu Marziani, 46, Mohd Zaini, 42, Mohd Zairani, 37, dan lapan orang cucu.
Allahyarham bergiat aktif dalam politik sejak 1960-an dan pernah 
menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas dan Teluk Kumbar serta
 anggota exco kerajaan negeri di bawah pimpinan mendiang Tun Dr Lim 
Chong Eu. Beliau juga merupakan bekas Pengurus Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang 
dan pernah membawa Skuad Harimau Kumbang itu menjuarai Liga Perdana pada
 tahun 1998. mstar
-- BR1M Dinaikkan & Diperluas Kepada Isi Rumah Berpendapatan RM3,000-RM4,000 Bajet 2014
-- Pernikahan Diana Amir Dan Habibbullah Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)
 
 
No comments:
Post a Comment