Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Bantuan 
Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, 
dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan. Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang 
berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber 
pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis 
Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita 
ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat 
kerja. "Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu 
walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau 
betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk 
Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib 
Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini. sinarharian
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Pernikahan Ezani Masterchef Dan Dr Azrai (Gambar) 
-- Tiga Mati Keracunan Makan Kenduri Di Tanjung Dawai Sg Petani Kedah (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)
 
 
No comments:
Post a Comment