ad ld

Saturday, May 2, 2015

Julie Dahlan Meninggal Dunia (Gambar)

Produser filem ternama tanah air Julie Dahlan telah meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dihidapinya sejak beberapa tahun yang lalu.


Laporan Harian Metro Allahyarham Julie atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, 62 telah dikhabarkan meninggal dunia sekitar jam 7.30 malam 30 April dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.

Allahyarham sebelum ini dikatakan menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang. Keadaan dia dikatakan semakin serius sejak setahun lalu hingga perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Penerbit dan pelakon filem dan drama yang popular pada era 90-an itu mencipta nama menerusi pelbagai filem terbitannya seperti Harry Boy (1991), Wira Angkasa (1987), Driving School (1990) dan terakhir Cinta Metropolitan (1995).

-- Pernikahan Sam Bunkface Dan Aida Azira Di Dewan Sapura Mines Resort City (Gambar)
-- (Gambar) Micha Raines Bekas Tunang Putera Jefri Bolkiah Beri Keterangan Di Mahkamah
-- Masuk Thailand Melalui Rantau Panjang Kelantan
-- Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan R&B Cover (Gambar)
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)

No comments: