ad ld

Showing posts with label ESQ. Show all posts
Showing posts with label ESQ. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Kursus ESQ Leadership Boleh Dilaksanakan Di Malaysia

PUTRAJAYA 14 Julai – Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di Malaysia.

Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, bagaimanapun ia harus dilaksanakan di bawah pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah ESQ yang direstui Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Katanya, keputusan itu dibuat setelah muzakarah yang bersidang pada 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur keraguan dalam kursus itu boleh diperbetul dan diperjelaskan. – Utusan

Saturday, July 10, 2010

ESQ Tidak Bertentangan Islam

IPOH - Program motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd (ESQ) tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam serta tidak mempunyai unsur yang membawa kesesatan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, program itu juga tidak ada kena mengena dengan fahaman liberalisme dan pluralisme.
Menurutnya, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Jun lalu memutuskan bahawa ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Muzakarah (Jawatankuasa) Fatwa Kebangsaan oleh mufti seluruh Malaysia bersidang sebanyak tiga kali bagi membincang secara terperinci program ESQ,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, mengharamkan modul program berkenaan kerana didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Harussani berkata, pengasas ESQ, warga Indonesia Ary Ginanjar Agustin juga dipanggil menjelaskan beberapa perkara dan perkataan yang kurang jelas dalam buku ESQ yang ditulis dalam Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia.
“Kita (Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan) berpuas hati dengan penjelasan (beliau) bahawa (ESQ) tidak ada kena mengena langsung dengan fahaman liberalisme dan pluralisme,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa itu turut menasihati ESQ supaya membentuk panel syariah dan syarikat itu melantik beberapa bekas mufti sebagai anggota panel itu.
ESQ menubuhkan panel syariah dan akidah yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman untuk memantau, menasihat dan menambah baik modul latihannya.

Harussani juga berkata, beberapa mufti turut berjumpa dengan beberapa ulama Indonesia untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai program itu selain Majlis Ulama indonesia sendiri memperakui program itu baik.

Di KUANTAN, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, program motivasi boleh diteruskan di negeri ini.
Menurutnya, Jawatankuasa Fatwa Pahang, belum ada sebarang fatwa selagi ia berlandaskan al-Quran dan Sunnah. - sinarharian

Friday, July 9, 2010

ESQ : JAKIM Akan Teliti Semula Program - Mashitah

JERLUN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meneliti semula program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) yang diharamkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana dikatakan mendukung fahaman liberalisme.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata Jakim akan meneliti dan mendalami modul ESQ terlebih dulu untuk melihat dengan lebih jelas apa yang disifatkan sebagai menyeleweng itu.
 
"Kita akan semak semula modul itu kerana mereka (ESQ) ini peniaga, jadi kita tidak mahu menyekat rezeki orang, tetapi kita akan semak, jika benar ada penyelewengan yang berlaku, kita terpaksa ambil tindakan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Jerlun di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program berkenaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Katanya, Jakim juga mempunyai rekod berhubung program yang dikendalikan ESQ.

"Program itu masih diteruskan dan hari ini, kita tidak boleh mengatakan sama ada ia sah atau halal kerana selepas ini, kita tidak tahu apa yang mereka buat, jadi kita akan memantau dari semasa ke semasa," katanya.

Mashitah berkata, beliau percaya keputusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul ESQ bagi membimbing atau mengelakkan pemesongan akidah.
"Masyarakat kita memang mudah sangat terikut dengan sesuatu perkara, tambahan pula perkara yang membabitkan kesedaran akidah. Tetapi kita perlu menjaga supaya ia tidak terseleweng daripada akidah.

"Kita akan ambil langkah awal untuk mengelakkan perkara itu berlaku kerana ia boleh membabitkan penyelewengan akidah yang lebih dahsyat jika dibiarkan," katanya. - Bernama - bharian

ESQ HARAM - MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Mufti Wilayah Persekutuan isytihar modul motivasi seleweng akidah, syariat Islam

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) yang sudah disertai lebih 65,000 orang termasuk orang kenamaan, tokoh agama dan korporat serta pegawai kerajaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam. - bharian


Artikel lain - Ketua Panel Syariah ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ), Datuk Mustafa Abdul Rahman yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menafikan dan menyangkal dakwaan wujud unsur penyelewengan dan kesesatan dalam program motivasi syarikat itu. - bharian

ESQ : Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan putuskan tidak bertentangan

IPOH: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Jun lalu yang dihadiri mufti-mufti memutuskan ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam serta tidak bertentangan dgn ajaran Ahli Sunnah Waljamaah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata ia boleh diteruskan, bahkan ia pendekatan terbaik untuk sedarkan individu dari segi ketuhanan, Islam dan peradaban. - baca SINI.