ad ld

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Saturday, July 10, 2010

ESQ Tidak Bertentangan Islam

IPOH - Program motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd (ESQ) tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam serta tidak mempunyai unsur yang membawa kesesatan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, program itu juga tidak ada kena mengena dengan fahaman liberalisme dan pluralisme.
Menurutnya, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Jun lalu memutuskan bahawa ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Muzakarah (Jawatankuasa) Fatwa Kebangsaan oleh mufti seluruh Malaysia bersidang sebanyak tiga kali bagi membincang secara terperinci program ESQ,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, mengharamkan modul program berkenaan kerana didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Harussani berkata, pengasas ESQ, warga Indonesia Ary Ginanjar Agustin juga dipanggil menjelaskan beberapa perkara dan perkataan yang kurang jelas dalam buku ESQ yang ditulis dalam Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia.
“Kita (Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan) berpuas hati dengan penjelasan (beliau) bahawa (ESQ) tidak ada kena mengena langsung dengan fahaman liberalisme dan pluralisme,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa itu turut menasihati ESQ supaya membentuk panel syariah dan syarikat itu melantik beberapa bekas mufti sebagai anggota panel itu.
ESQ menubuhkan panel syariah dan akidah yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman untuk memantau, menasihat dan menambah baik modul latihannya.

Harussani juga berkata, beberapa mufti turut berjumpa dengan beberapa ulama Indonesia untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai program itu selain Majlis Ulama indonesia sendiri memperakui program itu baik.

Di KUANTAN, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, program motivasi boleh diteruskan di negeri ini.
Menurutnya, Jawatankuasa Fatwa Pahang, belum ada sebarang fatwa selagi ia berlandaskan al-Quran dan Sunnah. - sinarharian

Friday, July 9, 2010

ESQ HARAM - MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Mufti Wilayah Persekutuan isytihar modul motivasi seleweng akidah, syariat Islam

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) yang sudah disertai lebih 65,000 orang termasuk orang kenamaan, tokoh agama dan korporat serta pegawai kerajaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam. - bharian


Artikel lain - Ketua Panel Syariah ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ), Datuk Mustafa Abdul Rahman yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menafikan dan menyangkal dakwaan wujud unsur penyelewengan dan kesesatan dalam program motivasi syarikat itu. - bharian