ad ld

Wednesday, June 11, 2014

Bihun Cap Masjid Guna Logo Halal Tidak Sah-JAKIM (Gambar)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa menafikan mengeluarkan sijil dan logo halal yang sah kepada pengusaha produk 'Bihun Istimewa' menggunakan lambang masjid  keluaran sebuah syarikat yang beroperasi di ibu negara.


Jakim menafikan pengiktirafan halal yang diberikan selepas gambar yang menjijikan seorang lelaki tanpa baju yang dipercayai sedang membungkus mihun jenama berkenaan tersebar di laman sosial. Sehubungan itu, Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusof menegaskan, syarikat berkenaan tidak pernah diberikan sijil halal daripada Jakim seperti yang tertera pada produknya.

Jakim dengan ini menegaskan bahawa syarikat tersebut bukan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia. Mereka juga tidak pernah mempunyai sijil halal yang sah daripada Jakim," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun Hakimah berkata, oleh kerana produk tersebut mengguna logo halal Jakim pada pembungkusan produknya, Jakim akan mengambil tindakan  mengikut Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. "Jakim telah mengambil maklum hal ini dan pihak kami sedang menyiasat lanjut perkara ini," katanya.

Sejak pagi Selasa, beberapa keping gambar menjijikan memaparkan pengusaha mihun menggunakan lambang 'masjid' tersebar di blog dan laman sosial. Ia memaparkan aksi pekerja asing bukan Islam sedang membungkus mihun berkenaan dengan suasana kedai yang kotor dan menjijikan. Rata-rata pengguna melahirkan kebimbangan mereka terhadap status halal produk berkenaan. mstar

--  Kepala Sharifah Shahira Berdarah Kerana Prank Game Show (Gambar)
--  Suami Nafi Ceraikan Izreen Azminda
--  Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court


No comments: