ad ld

Thursday, October 1, 2015

Khir Toyo Bekas MB Selangor Dipenjara Setahun Dihantar Ke Penjara Kajang (Gambar)

Bekas Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo pada Selasa dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman penjara 12 bulan selepas beliau gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, lapan tahun lepas. Panel lima hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata hukuman penjara itu sesuai dan wajar bagi kesalahan itu.


"Rasuah dalam semua cara dan bentuk tidak boleh dibiarkan. Hukuman denda tidak dapat menghantar mesej itu. Begitu juga dengan program khidmat masyarakat. Dalam apa-apa keadaan, khidmat masyarakat adalah opsyen hanya untuk kes pesalah muda mengikut Seksyen 293 Kanun Acara Jenayah, khidmat masyarakat bagi kes ini tidak terpakai kepada perayu (Dr Mohamad Khir)," kata Hakim Zulkefli dalam mahkamah yang penuh sesak.
Beliau berkata kesalahan itu, yang telah menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan, bukan perkara kecil dan penjara setahun, yang tidak dirayu oleh pihak pendakwa raya, tidak terlalu berat. "Perayu telah mempergunakan kedudukannya. Satu daripada tujuan Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah untuk mencegah rasuah seumpama itu," katanya.

Selepas keputusan itu, Dr Mohamad Khir, 50, yang kelihatan tenang dilihat bercakap dengan pasukan peguam mewakilinya termasuk Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Beliau kemudian berpaling menghadap ke arah galeri awam dan berkata "Terima Kasih semua" sebelum dibawa ke lokap mahkamah. Isterinya, Zahrah Kechik, 50, yang juga kelihatan tenang, mengiringi suaminya ke lokap mahkamah sebelum suaminya dihantar ke penjara Kajang dengan kereta polis pada 2.52 petang. mstar

--  Syarafina Mansor Pelajar Uitm Perlis Ditemui Mati
--  Ibadah Korban Di Pagi Raya Aidil Adha
--  Mayat Kevin Morais Ditemui Dalam Tong Konkrit 5 Suspek Ditahan (Gambar)
--  Wanita Tahan Kaki Sebabkan Lelaki Tua Dukung Budak Tersadung Jatuh Dipecat (Gambar)
--  Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Direman 14 Hari (Gambar)

No comments: