ad ld

Monday, October 19, 2015

Hamidah Juara Dai Musim Ketiga Raih RM50 Ribu Dan Pakej Umrah (Gambar)

Dai Hamidah muncul sebagai juara pertandingan peringkat akhir program Dai musim ketiga yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Kemenangan Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Ab Razak, 23, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.


Hamidah juga menerima hadiah berupa pakej umrah tajaan Kembara Umrah Travel n Tours, kembara ilmu ke Istanbul dan Ho Chi Minh, sebuah komputer riba tajaan Serai Mas, langganan majalah-i selama setahun dan menjadi kolumnis selama enam bulan, senaskah Al Quran tajaan Majalah-i dan sebuah trofi.

Selain itu Hamidah turut membawa pulang trofi dan sebuah iPad selepas dipilih sebagai Dai Pilihan DHerbs - pengiktirafan buat peserta menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pertandingan berlangsung. Dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan tersebut adalah Dai Hidayu dan Dai Fuad. Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumalah RM5,000 tajaan TV3, pakej kembara suci tajaan Sutra Bistari Travel n Tours, sebuah komputer riba tajaan Serai Mas, langganan majalah-i selama setahun, senaskah Al Quran tajaan Majalah-i dan sebuah trofi.

-- Vaksin Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak Perlu Ke?
-- Nabil Ahmad Menunaikan Haji (Gambar)
-- Sufi Juara AF2015 Kalahkan Syamel Dan Bila
-- Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan RnB Cover (Gambar)

No comments: