ad ld

Tuesday, October 20, 2015

Demam Kepialu Meningkat Di KL Apa Punca Dan Gejala Typhoid Jom Tengok

Kementerian Kesihatan pada Isnin mengesahkan berlaku penularan wabak demam kepialu di beberapa kawasan bandar di ibu negara dengan 32 kes direkodkan sejak 18 Ogos lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada semua kes jangkitan itu, Titiwangsa mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong (8), Lembah Pantai (4) dan Cheras (4).

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan mula mengesan kes demam kepialu sejak minggu pertama Ogos apabila menerima tujuh notifikasi membabitkan buruh binaan di Cheras yang bekerja berdekatan pusat bandar. Katanya, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) sedang menjalankan penyiasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan demam kepialu.

Namun, hasil siasatan di lapangan masih belum dapat merumuskan punca jangkitan serta jenis makanan yang dimakan kerana tiada persamaan di antara kes-kes terbabit," katanya dalam satu kenyataan. Demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman.

Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara satu hingga tiga minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar. Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah. Jika tidak dirawat, gejala itu boleh berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis.

Mereka juga boleh menjadi pembawa bakteria ini tanpa menunjukkan sebarang gejala dan pembawa boleh menyebarkan bakteria melalui pengendalian makanan atau minuman.

Pilih kedai atau gerai makan yang bersih, termasuk juga pekerja-pekerja khususnya pengendali makanan yang bersih. Kebersihan diri juga perlu diutamakan khususnya membasuh tangan sebelum makan, selepas makan dan selepas ke tandas. mstar

-- Vaksin Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak Perlu Ke?
-- Pernikahan Linda Onn Dan Kerabat Diraja 27 Disember
-- Syura Dirayu Bekas Suami Rujuk Kembali Kerana Masih Sayang Dan Demi Anak (Gambar)
-- Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan RnB Cover (Gambar) 

No comments: