Seorang pelajar perempuan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Arau Perlis ditemui mati dalam sebuah bilik air di asrama terbabit pada Sabtu. Mangsa dikenali sebagai Syarafina Mansor, 18, pelajar jurusan Diploma Sains bagi sesi 2015/2016. Syarafina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air kira-kira pukul 2 petang oleh rakannya selepas dia tidak kembali ke bilik selepas dua jam.
Rektor UiTM Perlis, Prof Datuk Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata Syarafina dikatakan meninggalkan biliknya untuk mandi. "Apabila dia tidak kembali ke biliknya selepas dua jam, rakannya mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan dia pergi ke bilik air untuk mencari Syarafina. "Rakannya terkejut apabila mendapati Syarafina ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai bilik air," katanya.
Pihak pengurusan asrama kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar di mana dia disahkan meninggal dunia pada pukul 3.20 petang. "Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di kepala. Syarafina sentiasa mengadu sakit kepala kepada rakannya. Kesakitan itu kadang kala menyebabkan dia tidak hadir ke kelas," kata Ahmad Redzuan. mstar
Innalillah. Takziah untuk keluarga Syarafina.
-- Mayat Kevin Morais Ditemui Dalam Tong Konkrit 5 Suspek Ditahan (Gambar)
-- Wanita Tahan Kaki Sebabkan Lelaki Tua Dukung Budak Tersadung Jatuh Dipecat (Gambar)
-- Lisa Surihani Bersalin Anak Perempuan
-- Terjah Jeruk Madu Pak Ali Di Kilang Pemprosesan Seberang Prai Pulau Pinang
-- Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan RnB Cover (Gambar)
No comments:
Post a Comment