ad ld

Thursday, October 22, 2015

Graduan KUIN Meninggal Dunia Beberapa Jam Selepas Terima Ijazah Sarjana Muda Syariah

Seorang graduan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang baharu menerima ijazah, maut dalam kemalangan di kawasan kolej itu, kira-kira 2.20 petang Rabu.


Mangsa Miti Teomphol, 22, yang merupakan warga Thailand, maut apabila motosikal dinaiki bersama seorang rakannya, hilang kawalan dan terbabas di Jalan Kulliyah Perubatan, KUIN. Miti menerima Ijazah Sarjana Muda Syariah pada Konvokesyen Ke-17 kolej berkenaan pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling DSP Wari Kiew berkata siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan dari arah Dewan Utama Sultanah Bahiyah menghala ke kediamannya di Taman Desa Bidara. Semasa tiba di tempat kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan," katanya. Mangsa tercampak ke bahu jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian. mstar

-- Amir Ukays Dibebaskan Polis Miliki Pistol Tembak Cicak (Gambar)
-- Demam Kepialu Meningkat Di KL Apa Punca Dan Gejala Typhoid Jom Tengok
-- Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus Dan Izyan Isteri Ketiga (Gambar)
-- Pernikahan Najwa Tan Sri Muhyiddin Dan Idris Koh Di Sri Satria Putrajaya (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

No comments: