ad ld

Tuesday, March 17, 2015

Black Eyed Peas, T-Ara Dan Sistar Di Danga Bay Sempena Kemahkotaan Sultan Johor

Kumpulan hip hop terkenal Amerika, Black Eyed Peas, dan artis pop wanita Korea, T-Ara, akan mengadakan persembahan pada festival muzik percuma di Danga Bay bersempena istiadat kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.


Acara itu itu juga akan menampilkan beberapa artis terkenal lain seperti Rossa dari Indonesia, Sistar (Korea), "Fuying  and  Sam" (Taiwan) dan penghibur tempatan yang diminati ramai seperti Sheila Majid, Jacklyn Victor, Penny Tai, Shila Amzah dan Nicole juga akan menghiburkan penonton pada konsert percuma itu yang bermula 26 Mac.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong dalam kenyataan di sini berkata festival muzik selama empat hari itu dianjurkan Jabatan Pelancongan Johor dengan kerjasama Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd.

Ini adalah julung kalinya Black Eyed Peas, antara kumpulan hip hop paling laris di dunia, dengan 76 juta albumnya terjual setakat ini, mengadakan persembahan di Johor. Acara lain yang akan diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan upacara bersejarah itu ialah Perlumbaan Bot Laju F3000, acara berbasikal Cycleton Around Johor, sukan pantai, Perarakan Perahu Berhias dan pertunjukan bunga api.

Perlumbaan Bot Laju F3000 akan disertai tujuh negara termasuk Brazil, New Zealand, Papua New Guinea, Thailand and Singapura. Acara Cycleton Around Johor, yang juga pertama kali diadakan, akan disertai 20 pasukan. Satu lagi acara menarik ialah pameran dan perarakan perahu berhias di sekitar Teluk Danga, melibatkan 23 perahu, termasuk sebuah dari setiap daerah di negeri ini serta daripada perbadanan awam dan swasta.

Festival ini diakhiri dengan pertunjukan bunga api. Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dijadual berkenan menyampaikan Piala Kemahkotaan kepada pemenang semua acara pada 29 Mac. mstar

--  Dazrin Kamarudin Kemalangan Jalan Raya (Gambar)
--  Diana Danielle Seksi Jadi Model Majalah (Gambar)
--  Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)

1 comment:

Nurulhidayah said...

best tu tapi tak pegi pun tak sanggup menghadapi kesesakan yang maha teruk.. huhuu