ad ld

Monday, March 30, 2015

Pernikahan Sharifah Sakinah Dan Aliff Adha Di Hotel Shangri La (Gambar)

Sharifah Sakinah selamat bergelar isteri kepada juruterbang Aliff Adha, 27, dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri-La di Putrajaya kira-kira pukul 5.56 petang Sabtu.


Sakinah, 26, dinikahkan oleh bapanya sendiri Syed Abu Bakar di hadapan Imam Masjid Wilayah Putrajaya, Ustaz Fairuz Suhari.

Pada majlis berkenaan Sharifah Sakinah menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki di mana tujuh dulang tersebut mengandungi tujuh pasang kasut sukan jenama Adidas dengan rekaan yang berbeza. Manakala, dia membalas sebanyak sembilan dulang kepada pihak lelaki berupa sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola.

Antara rakan artis yang hadir dan turut menjadi gadis pengangkat dulang ialah Marsha Milan, Anzalna Nasir, Elfira Loy, Siti Saleha, Sherry Al Hadad, Nabila Huda, Liza Abdul, Nad Zainal dan Tasha Shila.

-- Majlis Aqiqah Anak Diana Amir (Gambar)
-- TMJ Dan Che Puan Khaleda Di Majlis Makan Malam Diraja (Gambar)
-- Adi Putra Masuk Hospital Disyaki Slipped Disc (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

No comments: