Mr Os semakin pulih selepas dimasukan ke Hospital Selayang selama lapan
hari sejak 14 Mac lalu kerana menjalani pembedahan penyakit tonsil.
Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 54, ketika dihubungi
berkata, dia kini semakin sihat selepas membuat pembedahan penyakit itu. Ia sekali gus menamatkan spekulasi tidak benar di media-media sosial mengatakan pelawak itu meninggal dunia.
"Saya telah dimasukan ke hospital selama lapan hari untuk lakukan pembedahan atas masalah kesihatan yang dialami. Kesihatan saya kian beransur pulih selepas keluar dari hospital dan kini
masih lagi berehat daripada melakukan sebarang aktiviti luar supaya
penyakit itu benar-benar pulih," katanya.
Jelas Os, dia harus mendapatkan rawatan susulan dari hospital berlainan kerana setiap hospital mempunyai kepakaran yang berbeza. Saya harus berpindah-randah dari hospital Selayang ke Hospital Kuala
Lumpur untuk mendapatkan rawatan kerana setiap hospital mempunyai pakar
yang berbeza," katanya yang kini tinggal di Gombak, Selangor bersama
keluarga.
"Saya harap peminat di luar sana dapat sama-sama mendoakan kesejahtera
saya agar saya kembali sihat dan dapat melakukan aktiviti harian seperti
biasa". mstar
-- Adi Putra Masuk Hospital Disyaki Slipped Disc (Gambar)
-- TMJ Dan Che Puan Khaleda Di Majlis Makan Malam Diraja (Gambar)
-- Nori Isteri Khairy Jamaluddin Bersalin Anak Ketiga (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
No comments:
Post a Comment