Mayat seorang remaja lelaki ditemui dalam keadaan berlumuran darah
sekitar tengah hari di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sri
Sentosa.
Ekoran putus cinta dan tertekan, pelajar berusia 17 tahun itu dipercayai
terjun dari tingkat 10 bangunan sekolah yang terletak di Jalan Kuchai
Lama ketika waktu persekolahan.
Memetik laporan sebuah portal berita,
remaja terbabit dikatakan telah meminta izin untuk ke tandas. Namun
masa yang diambil terlalu lama menyebabkan guru dan rakan-rakan keluar
mencari lantas menemui buku nota yang mengandungi ayat ucapan selamat
tinggal kepada rakan serta guru.
Mangsa ditemui oleh beberapa orang pelajar yang berada di kawasan padang sekolah. Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. Unit Forensik mengesahkan tiada unsur jenayah.
Menurut pihak berkuasa, punca kejadian dipercayai akibat putus cinta
yang mungkin menyebabkan mangsa tertekan. Kes diklasifikasikan sebagai
mati mengejut. Rakan dan guru sekolah menyifatkan mangsa seorang yang ceria,
berdisiplin, suka menolong dan tidak menimbulkan masalah di sekolah. mylaunchpad
-- Muhamad Wanndy Kaki Perempuan Berubah Alim - Rakan Sekolah (Gambar)
-- Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)
-- Tolak Seks, Nurul Awatif Dibunuh Dibakar Di Ampang Jaya
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
No comments:
Post a Comment