ad ld

Tuesday, March 24, 2015

Nori Isteri Khairy Jamaluddin Bersalin Anak Ketiga (Gambar)

Nori Tun Abdullah, isteri Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, hari ini selamat melahirkan cahaya mata ketiga pasangan itu, seorang bayi lelaki.


Berkongsi berita gembira itu dalam akaun Twitter beliau, Khairy berkata anak lelakinya itu dilahirkan pada 3.53 petang.

"Raif 'Leo' Averroes Jamaluddin Abu Bakar. Selamat berjaya menulis nama munanti di sekolah, anak lelaki ku!," tweet Khairy dan turut memuat naik gambar bayinya itu. "Saya tidak tahu tentang jantinanya sehingga dilahirkan. Ia anak lelaki!,"katanya dengan bangga.

Nori ialah anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Endon Mahmood yang meninggal dunia akibat kanser pada 2005. Berkahwin pada 2001, Khairy dan Nori sudah mempunyai dua anak lelaki -Jibreil Ali dilahirkan pada 2007, dan Timor Abdullah, setahun kemudian.

-- Bakar Kalori Secara Percuma Setiap Minggu
-- Siti Nurhaliza Jadi Nenek Dapat Cucu Anak Anas Zawawi dan Nasha Alyssa (Gambar)
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

No comments: