ad ld

Thursday, February 6, 2014

Insurans Kereta Naik Mulai 15 Februari ?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan membekukan pelarasan kadar baharu insurans kenderaan yang dijangka akan berkuat kuasa 15 Februari ini. Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, kenaikan kadar premium insurans akan meningkatkan lagi bebanan rakyat khususnya ketika peningkatan pelbagai kos lain.

"Saya menyeru supaya kerajaan mengeluarkan arahan segera agar kenaikan kadar premium insuran kereta dibekukan serta-merta dengan mengambil kira kesusahan rakyat sekarang. "Sudah tentu jika kenaikan premium insuran kereta ini diteruskan juga, ia akan menjadi salah satu dari isu yang akan dibawa di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang nanti," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Media pada Khamis melaporkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23. Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, keatas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula. Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015. Difahamkan, BNM telah pun menghantar notis pelarasan itu kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) minggu lalu. mstar

--  Program Baucar Kerja Bantuan RM35 Sehari Untuk Miskin Bandar
--  Leuniey Natasha Bersalin Anak Perempuan 2.75Kg (Gambar)
--  Wan Sakinah Dan Baby Bump Bersama Ashraf Muslim (Gambar)
--  Nur Fathia Jumpa Keluarga Aiman Hakim (Gambar)

No comments: