ad ld

Monday, February 24, 2014

Honda City 2014 Boleh Ditempah Sekarang (Gambar)

Honda Malaysia telah mempratonton model Honda City akan datang dalam perhimpunan bersama media semalam, menurut Paultan. Model yang akan dilancarkan secara rasmi sekitar pertengahan Mac depan, akan membuat kemunculan sulungnya dalam empat varian – S, S +, E dan V.


Banyak sungguh huruf yang tidak ketahui maknanya. Kita simpan data itu sehingga Mac ya. Enjinnya dipasang standard pada semua varian, iaitu enjin  1.5 liter i-VTEC, yang menawarkan 120 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm tork pada 4,600 rpm. Transmisi auto lima kelajuan di dalam model semasa digantikan dengan kotak gear CVT (seperti model untuk pasaran India dan Thai).

Honda City baru ini akan menampilkan mod Econ, push start button, cruise control, penghawa dingin belakang, jeriji depan platinum, dan enam beg udara (depan dua, sisi dan langsir sisi). Selain daripada itu, terdapat mata ISOFIX , kemasukan pintar, kawalan audio di stereng, dan sistem audio lapan pembesar suara dengan paparan tujuh inci. Hmm…menarik!


Honda juga mengatakan bahawa terdapatnya Bantuan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Strability Assist) dan dipasangkan rim aloi 16-inci. Apa yang kita tahu ialah VSA hanya akan dilengkapi dalam model gred E dan V, dan pakej penuh dengan enam beg udara dan rim aloi 16-inchi hanya akan didapati pada gred V (tiga yang lain hanya akan dipasangkanrim  aloi 15-inci ).

Seperti biasa, harga tidak disebutkan semasa pratonton, tetapi kita mungkin bakal tahu dalam masa beberapa minggu lagi, jangan risau. Walau bagaimanapun, tempahan untuk kereta telah dibuka, dan boleh dibuat di semua dealer Honda seluruh negara. arenakereta.com

--  Siapa Azizul Dan Shalwati Di Sweden Dari Pandangan Rakan Karib Mereka (Gambar)
--  Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup Ammar Anak Azizul Di Sweden (Gambar)
--  Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)
--  Nurul Halimin Enggan Komen Jadi Isteri Kedua Sham Kamikaze

No comments: