Saya hanya merasakan mereka akan didapati bersalah dan dipenjarakan,"
kata anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana
didakwa memukul anak-anak mereka. Ketika ditanya apa yang difikirkan Ammar, 12, mengenai masa hadapan,
dia berkata ibu bapanya seperti akan dipenjarakan sebelum dia dapat
bertemu mereka.
Namun, apabila anggota polis wanita Sweden bertanya apa yang
difikirkan mengenai masa depannya, Ammar berkata, apa yang dia boleh
fikir adalah memeluk kedua-dua ibu bapanya semula. "Mereka akan masuk ke dalam penjara, saya tidak tahu untuk berapa
hari atau bulan. Apabila mereka dibebaskan, saya boleh bertemu mereka
semula," kata Ammar menerusi temuduga yang direkodkan lebih awal yang
dipertontonkan di mahkamah daerah Solna.