Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Rabu ini. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad 
ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi 
negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 
2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan 
oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menggunakan alat 
ukur Total Station untuk melihat anak bulan Ramadan di Menara Kuala 
Lumpur, di Kuala Lumpur, Isnin. Tarikh permulaan puasa ditetapkan pada 
Rabu ini, 10 Julai, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
-- Mohamed Morsi Isa al Ayyat (Gambar)
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)

No comments:
Post a Comment