Ada kemungkinan  tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan 
berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga 
Nasional hari ini. Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.
"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak 
akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan. "Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang. "Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan 
subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan 
keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.
Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa 
syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik 
selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei. Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang 
menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan 
daripada membayar bil. Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.
"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang 
lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang 
kesan," tegas beliau. Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga 
elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik
 yang layak hingga Disember tahun ini. Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. sinarharian
-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Polis Putus Kaki Dirempuh Kereta Stabil (Gambar)
No comments:
Post a Comment