Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas
setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam
dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, Khamis. Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui
oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan
sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata, kanak-kanak
itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan
enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu
pada pukul 5.30 petang. Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak
bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum
dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
