ad ld

Wednesday, June 26, 2013

Senarai Sekolah Ditutup Rabu 26.6.13 Semua Sekolah Di Klang, Petaling Perdana Dan Seri Manjung Perak Ditutup

Semua sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta Manjung, Perak ditutup pada Rabu (26 Jun) ekoran fenomena jerebu, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud. Ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit pada 5 petang Selasa melebihi 250, katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, pengarah pelajaran negeri berkenaan diminta untuk memaklumkan penutupan sekolah di kawasan berkenaan. Penutupan itu melibatkan 132 sekolah di daerah Petaling Perdana yang meliputi kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Seri Kembangan dan Puchong.

Sementara itu, bagi daerah Klang, kira-kira 133 sekolah ditutup melibatkan kawasan Banting, Pelabuhan Klang dan Kapar. Di Manjung pula membabitkan 102 sekolah.

"Penutupan sekolah yang terlibat hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa. "Pihak Pengarah Pendidikan juga perlu memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan tentang bilangan sekolah dan murid yang terlibat ekoran penutupan tersebut," katanya.

Abd Ghafar berkata demi menjamin dan menjaga kesihatan murid, Kementerian Pendidikan bersetuju agar sekolah yang terlibat boleh ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 250 dan perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada kementerian. Namun sekiranya bacaan IPU melebihi 300, maka sekolah dalam kawasan berkenaan wajib ditutup tanpa perlu memohon kebenaran daripada kementerian, katanya. bernama

-- Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2 (Gambar)
-- Pelajar Malaysia Di Jordan Kemalangan Jatuh Gaung Sumaiyah Romli Mati 4 Cedera (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

2 comments:

JaSSNaNi said...

thanks for info...

-Sara- said...

ermm bilalah nak berkurang n pulih jerbu ni kan..