Saga SV yang berharga dari RM33,438 diupayakan oleh Campro IAFM 1.3
liter yang sama seperti Saga FLX dan boleh didapati dalam bentuk
transmisi manual dan CVT automatik. Varian baharu itu dipasang dengan, antaranya, roda keluli 13 inci,
radio dengan pemain CD, sering kuasa, kawalan cermin sisi manual, signal
membelok yang disepadukan dengan cermin sisi, beg udara berkembar dan
tali pinggang keledar pra-regangan.
Saga SV yang dikeluarkan dalam enam warna solid white, elegant brown,
tranquility black, genetic silver, fire red dan blue rock ditawarkan
bersama jaminan selama tiga tahun atau jaminan pembuatan 100,000
kilometer.
Saga Super Value SV ini merupakan varian terbaru Saga FLX dijangka mendapat permintaan tinggi daripada pembeli berdasarkan harga dan kualiti yang telah dipertingkatkan.
-- Cek Nuffnang Duit Blog Dah Sampai Jom Shopping Lah
-- Rozita Che Wan Menangis Di Masterchef Tertekan Kutukan Di Facebook (Gambar)
-- Pernikahan Izzue Islam Dan Awin Nurin (Gambar)
No comments:
Post a Comment