Semua sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta 
Manjung, Perak ditutup pada Rabu (26 Jun) ekoran fenomena jerebu, kata 
Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud. Ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan 
terbabit pada 5 petang Selasa melebihi 250, katanya dalam satu 
kenyataan.
Sehubungan itu, katanya, pengarah pelajaran negeri berkenaan diminta untuk memaklumkan penutupan sekolah di kawasan berkenaan. Penutupan itu melibatkan 132 sekolah di daerah Petaling Perdana yang 
meliputi kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Seri Kembangan 
dan Puchong.
Sementara itu, bagi daerah Klang, kira-kira 133 sekolah ditutup melibatkan kawasan Banting, Pelabuhan Klang dan Kapar. Di Manjung pula membabitkan 102 sekolah.
"Penutupan sekolah yang terlibat hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa. "Pihak Pengarah Pendidikan juga perlu memaklumkan kepada Kementerian 
Pendidikan tentang bilangan sekolah dan murid yang terlibat ekoran 
penutupan tersebut," katanya.
Abd Ghafar berkata demi menjamin dan menjaga kesihatan murid, 
Kementerian Pendidikan bersetuju agar sekolah yang terlibat boleh 
ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 250 dan perlu memaklumkan terlebih
 dahulu kepada kementerian. Namun sekiranya bacaan IPU melebihi 300, maka sekolah dalam kawasan 
berkenaan wajib ditutup tanpa perlu memohon kebenaran daripada 
kementerian, katanya. bernama
-- Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2 (Gambar)
-- Pelajar Malaysia Di Jordan Kemalangan Jatuh Gaung Sumaiyah Romli Mati 4 Cedera (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
2 comments:
thanks for info...
ermm bilalah nak berkurang n pulih jerbu ni kan..
Post a Comment