Seorang pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka Kota Bharu Kelantan meninggal dunia pada Selasa akibat terkena jangkitan virus kencing tikus
(Leptospirosis) selepas mengikuti perkhemahan pada bulan lepas di Bukit
Bakar, Machang. Sheikh Mohd Alif Sheikh Mohd Fauzi, 17, dimasukkan ke Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, pada 30 Mei
lalu berikutan demam yang dihidapinya selepas perkhemahan tersebut.
Ibu saudara mangsa, Nur Ilyana Che Mat, 33, berkata, Sheikh Mohd Alif
mengikuti perkhemahan yang dianjurkan sekolahnya sebagai persediaan
menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Anak saudara pergi ikut perkhemahan tersebut beberapa hari sebelum
cuti pertengahan tahun baru-baru ini dan kemudiannya pulang ke rumahnya
di Paka,Terengganu. "Mohd Alif kemudiannya kembali ke sekolah selepas tamat cuti sekolah
tersebut, namun tidak mengikuti sesi riadah dan ulangkaji sehinggalah
seorang guru yang membuat pemeriksaan di asrama menemui beliau berada
dalam keadaan lemah," katanya.