Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali
Hashim mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran negeri
Johor, semalam. Menurutnya, tindakan itu diambil ekoran tidak dapat menerima tuduhan
yang dibuat oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul
Rahim Ramli, 5 Disember lalu.
Sebelum ini, Abdul Rahim mendakwa artikel Menuntut Hak, Menebus Masa
Silam tulisan Muhammad Ali yang disiarkan Sinar Harian, dikhuatiri boleh
menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri Johor. "Saya sangat memandang berat dan serius tuduhan terhadap diri saya yang mencemar nama baik dan reputasi saya. "Saya mengesahkan bahawa saya telah mengembalikan semua darjah terbabit
pada 27 Disember 2013 (semalam)," katanya.
Darjah terbabit adalah Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ),
Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ). Menerusi surat bertarikh 18 Disember lalu kepada Abdul Rahim, Muhammad
Ali yang juga Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah
memberi penjelasan mengenai penulisan artikel itu.
"Saya telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel terbabit,
juga dengan tegas menolak dakwaan atau tanggapan bahawa sajak itu
mengandungi apa-apa motif seperti yang digambarkan. "Melalui kenyataan media ini, saya minta masyarakat umum khasnya rakyat
negeri Johor membaca artikel itu dan menilai sendiri sama ada penulisan
itu mengandungi unsur menderhaka kepada raja atau tindakan tidak
bertanggungjawab atau bertentangan dengan Rukun Negara," katanya.
Beliau memuatkan sajak tulisan anak bongsunya, allahyarham Khaled Ali
yang antara lain menyebut 'Sultan yang adil adalah Sultan yang wajib
disembah, Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah". sinarharian
-- Drama Ammara Batrisya TV9 Lakonan Erra Fazira Umie Aida Dan Adi Putra
-- Stacy Terbuka Hati Untuk Peluk Islam (Gambar)
-- Emma Maembong Buat Zizan Bangga Jika Kekal Bertudung (Gambar)
-- Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
No comments:
Post a Comment