Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh
ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong semalam manakala
dua adiknya dilaporkan hilang disahkan mati selepas mayat mereka ditemui
di Sungai Pekan Langgar petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya
berkata, mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam
keadaan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang.
"Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor
hilang sebelum ini. Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan
bantuan unit anjing pengesan,"katanya kepada pemberita di tempat
kejadian hari ini.