Wakil tunggal kumpulan ulama, Muhammad Khalil Abdul Hadi berjaya
menempatkan diri dalam barisan kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Pusat
setelah diumumkan menang jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS dengan 355
undi.
Kemenangan Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang itu sekali gus menggagalkan usaha bekas Naib Ketua
Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob dari kumpulan
profesional untuk menguasai tiga jawatan tertinggi sayap PAS itu pada
pemilihan yang berlangsung pada Khamis.
Raja Ahmad Iskandar yang juga Ketua Pemuda PAS Perak mendapat 282 undi.
Muktamar tahunan Pemuda PAS ke-54 itu turut menyaksikan bekas Ketua
Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat diumumkan sebagai Ketua Pemuda PAS
Pusat yang baru apabila memperoleh 320 undi.
Suhaizan menewaskan dua pencabarnya, iaitu Yang Dipertua PAS
Putrajaya, Kamarulzaman Muhammad dan peguam PAS, Zulhazmi Sharif apabila
masing-masing hanya mendapat 307 dan 7 undi. Sementara itu bagi jawatan Naib Ketua, Ketua Pemuda PAS Wilayah
Persekutuan, Ir Mohd Khairil Nizam Khirudin menang dengan mendapat 411
undi. Mohd Khairil menewaskan pencabarnya, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi yang mendapat 226 undi.
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
-- Cerita Jiran Tuhan Harun Ketua Ajaran Sesat (Gambar)
-- Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)
No comments:
Post a Comment