Bank Negara Malaysia, polis dan Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menggembleng sumber-sumber yang
diperlukan untuk mempercepat siasatan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd,
Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd.
Bank Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata keempat-empat
syarikat itu, yang baru-baru ini diserbu oleh pihak berkuasa, akan
disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan seperti mengambil deposit
secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan gambaran
yang salah termasuk deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.
"Aset dan akaun yang disita hasil daripada serbuan tersebut disimpan
bagi memudahkan siasatan ke atas syarikat yang disyaki melakukan
kesalahan dan untuk melindungi kepentingan pelabur," katanya.
Bank pusat itu juga menasihatkan orang awam untuk berhati-hati
terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam
jangka masa yang pendek yang memberikan jaminan pulangan bagi jumlah
pokok yang dilaburkan.
"Orang ramai dinasihati supaya menyemak dengan agensi berkenaan
apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang
perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatan menarik tetapi
tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa," tambahnya. mstar
- Syarikat Pelaburan Emas Diserbu Lagi Slps Genneva
- Skyline GTR Rempuh Pokok Di Jln Haji Ahmad 1 (Gambar)
No comments:
Post a Comment