Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi amaran keras kepada penganjur perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka hari ini agar tidak berarak dan berhimpun di jalan raya sekitar kawasan tersebut kerana ia mengganggu perjalanan trafik.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menegaskan, pihaknya tetap berpendirian tidak meluluskan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka setelah rundingan bersama pihak penganjur menemui jalan buntu.
"Kita sudah menawarkan Stadium Merdeka yang cuma mengambil masa 30 minit jika berjalan kaki dari Dataran Merdeka untuk himpunan Bersih 3.0 tetapi mereka masih berdegil mahu membuat demonstrasi jalanan. "Alternatif lain yang dicadangkan adalah mengadakan sidang media bersama penganjur bagi menyuarakan kehendak mereka tetapi turut ditolak," katanya pada sidang akhbar di Menara DBKL di sini semalam.
Niat sebenar penganjur menjadi tanda tanya apabila penganjuran Bersih kali ini menolak tawaran berhimpun di Stadium Merdeka walaupun mereka beriya-iya mahu menggunakan stadium tersebut pada Bersih 2.0 lalu.
Jelas Ahmad Fuad, DBKL menyerahkan kepada pihak polis untuk mengawal keadaan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang membuat provokasi. kosmo
-- Pelajar UPSI Maut Jatuh Bangunan E Learning, Gangguan Mistik
-- Aaron Aziz Dan Zizan Bersama GTR 35, EVO 10
1 comment:
lohh biarlah mereka nak berhimpun ..
selagi x ganggu sesiapa
yg buat provok tuu org yg melarang tuu je .. seyesss ! .. x percaya gi tanye lalalalal ;))
Post a Comment