ad ld

Monday, April 23, 2012

Tempahan Proton Preve Kini Lebih 2,800 Unit

Proton Holdings Bhd. (Proton) telah menerima lebih daripada 2,800 tempahan untuk kereta global pertama yang baru dilancarkan, Proton Prevé.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, syarikat juga akan mula memasarkan kereta tersebut di Indonesia dan Thailand menjelang pertengahan tahun ini.


"Proton Prevé telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

"Ramai yang berpuas hati terhadap reka bentuknya dan ini memberikan kami keyakinan bahawa Proton Prevé dapat menembusi pasaran domestik dan ia juga bakal berada dalam pasaran luar negara menjelang pertengahan tahun ini," katanya. kosmo

-- Gambar Harrier Terbabas 3 Maut Di Km 199.1 Plus Dekat Alor Gajah
-- Lagu Anak Kampung Jimmy Palikat

1 comment:

Anje a.k.a Mummy_Balqis said...

kita tak pi tengok lagik, tak berkesempatan....