ad ld

Monday, November 14, 2011

Ayu Raudhah Kembali Berlakon Selepas Keguguran

Keguguran anak pada 26 Oktober lalu meninggalkan pengalaman pahit kepada pelakon Ayu Raudhah, 26, namun dia tetap tabahkan hati untuk meneruskan kehidupannya.

Ayu yakin setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biarpun baru menerima berita buruk itu, Ayu tetap menguatkan semangatnya untuk kembali bekerja.

“Selepas dua hari pulih dari keguguran, saya terus memasuki penggambaran drama Gemersik Kalbu yang diterbitkan untuk slot Akasia di TV3. “Saya terpaksa meneruskan penggambaran drama tersebut sehingga pertengahan Disember depan kerana perlu mengikut jadual yang ditetapkan. “Selepas itu, baru saya akan berehat,” katanya yang memegang watak Raihana di samping pelakon Aqasha dalam Gemersik Kalbu.

Malah, Ayu berkata suaminya, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, mengikut keputusan Ayu dan memahami kerjaya isterinya itu.

“Saya nak buat bagaimana…walaupun baru sembuh, saya terpaksa bertanggungjawab untuk menyelesaikan penggambaran ini. “Alhamdulillah kerana saya mendapat suami yang memahami dan rumah tangga kami sangat-sangat bahagia,” kata Ayu lagi. mstar

-- Chef Wan Marah Chef Riz - Padanlah Muka Dia, Memalukan
-- (Gambar) Cutenya Siti Sarah Mengandung

3 comments:

Unknown said...

moga ayu tabah...
dapat rasakan perasaan mereka suami isteri...

mamaarifakeemaisy said...

haiii..lama tak singgah sini..hu~

apa nak buat kan, kije shooting2 ni mana leh tangguh2..

kurus said...

oh dia keguguran ..
ketinggalan akak nie ..
semoga dia tabah :)