ad ld

Friday, November 4, 2011

(Gambar) Anak Ugut Ibu Krn RM250 Dipenjara 5 Bln

Seorang pemuda dipenjara lima bulan selepas tidak mampu membayar denda sebanyak RM2,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan mengugut ibu kandungnya sendiri.

Mohd. Hafzal Mohd. Din, 29, berasal dari Kampung Batu Bertangkup, Padang Besar didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas ibunya pada 28 Oktober lalu mengikut kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Mohd. Hafzal dikatakan cuba memukul ibunya yang sedang bersiap untuk berniaga dengan gitar kerana enggan memberikan pemuda itu wang RM250 seperti yang dimintanya. Bagaimanapun, tindakan itu sempat dihalang oleh bapanya yang kebetulan berada di rumah ketika kejadian.

Ekoran itu, ibunya bertindak melarikan diri ke rumah jiran dan melaporkan kejadian tersebut kepada polis kerana ketakutan. Mohd. Hafzal diberkas dua jam selepas insiden berkenaan. kosmo

1 comment:

Lelaki Ini said...

kalau tau macam nieyh..
baik mak kau picit2 jewk kau masa kecik!