ad ld

Showing posts with label gempa bumi. Show all posts
Showing posts with label gempa bumi. Show all posts

Saturday, July 24, 2010

Gegaran Gempa Sumatera Dirasai Di Pantai Barat Semenanjung

Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku di utara Sumatera, Indonesia pagi ini dan gegarannya turut dirasai di kawasan pantai barat Semenanjung.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian itu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berlaku 10.11 pagi, berpusat di 40 kilometer (km) tenggara Padang Sidempuan, Indonesia, dan 307 km tenggara Klang, Selangor.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima beberapa panggilan daripada pengurus bangunan di sekitar ibu negara yang memaklumkan berlakunya gegaran kecil.

"Antaranya bangunan yang menempatkan bank, hotel dan beberapa pangsapuri. Turut merasai gegaran kecil ialah ibu pejabat bomba Kuala Lumpur di Jalan Maharajalela," katanya sambil menambah pihak pengurusan bangunan dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri.

Azizan berkata, beliau dimaklumkan pengurus bangunan juga tidak meminta penghuni untuk mengosongkan bangunan. "Pihak bomba akan memantau perkembangan tersebut melalui maklumat terkini Jabatan Meteorologi," katanya. - BERNAMA

Monday, May 10, 2010

INTERNET SLOW SBB GEMPA KE?

Salam.. Nape internet slow gilerz mlm ni? Ada kaitan dgn kesan gempa siang td kot. Mmg slow tahap merayap dh, nk drop komen kt blog kengkawans pn cam berkurun kena loading.

Boring btul bila jd cmtu, byk lagi citer best kt bloglist I tu blom baca daa.. Dh la uols tu blogger tegar, compem esk dh update citer lain kan. Alamak terlepas la nk baca nti.

Harap2 line akan cepat normal spt biasa esok. Nti ada yg kata I sombong plak x ziarah blog dorg kan. X mao x mao!!!! Kita still kawan ok, tggu lawatan susulan ye.. Tq2..

--> Line internet uols cmne plak? Ok ke?

Sunday, May 9, 2010

SAH - TADI TU GEMPA BUMI

Salam.. Uols tgk berita TV3 td? Dh confirm gegaran yg I rasa td tu kesan gempa bumi 7.2 skala Ritcher di Meulaboh Acheh. Ya Allah, mmg takut gilerz td. X tau la cmne perasaan org di Acheh tu kan, terasa gegaran di ofis I dlm beberapa saat kol 2pm td pn dh bt gigil xleh nk citer, mmg kelu jadinya. Serta merta teringat semua org2 tersayang. Seriously, blom penah rasa takut cmtu b4 this.

Pepun, Alhamdulillah segalanya selamat. Just pening2 tp still rasa terkejut lbh2 lg lps tgk berita td. Satu lg bukti kekuasaan Ilahi, lokasi gempa di bumi Acheh tp impaknya turut dirasai di Penang, Perlis n Kedah. Subhanallah.

GEMPA BUMI KE NI?

Salam.. Skang ni bru hilang pening2.. Td rasa bangunan ofis I ni bergegar, ada la 2-3 kali gak berlaku sekitar kol 2.03pm td. Mula tu I igt apahal lak tetiba rasa gerak2 pening2 nih.

Pastu tgk ada ramai gak staffs n students yg kata bangunan mcm bergegar, dh panik2. Bangunan ni bukannya smp berbelas tingkat pn tp still terasa. Eh x penah pn rasa cmni. Klu btul ada gegaran, mybe ada gempa kuat ke apa kot smp kt Kedah pn bleh terasa.

Semoga segalanya selamat. Wallahualam..