ad ld

Monday, November 30, 2015

Yus Jambu Meninggal Dunia Sakit Jantung Di Usia 39 Tahun (Gambar)

Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi Isnin. Pelawak Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, memberitahu berita tersebut menerusi laman sosial Facebooknya. Minta kawan-kawan sedekahkan Al Fatihah kepada arwah," tulisnya.


Allahyarham dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis. Kerjaya seni beliau bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran TV3.

Pada tahun 2007 Yus mencuba nasib di program Raja Lawak terbitan Astro yang pertama kali diadakan dan berjaya menjadi Juara program tersebut pada 11 Mac 2007. Menerusi pertandingan itu yang diundi peminat secara khidmat pesanan ringkas (SMS), Yus menerima hadiah berupa kereta antik iaitu TD 2000 dan wang tunai RM20,000. Bagaimanapun tidak lama kemudian Yus menjual kereta kemenangan itu kepada seorang taukeh Cina di Ipoh kerana kesempitan wang akibat tiada tawaran selepas menjuarai pertandingan berkenaan.

Yus juga dalam sebuah artikel turut memberitahu dia terkejut apabila dalam satu pemeriksaan kesihatan, doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung selain tahap kolestrol dalam badan terlalu tinggi. Pada tahun 2011 pula, Allahyarham bergandingan dengan Tauke dan menyertai Maharaja Lawak 2011 dengan membentuk kumpulan Jambu dan mendapat tempat ke-4 keseluruhan program tersebut. mstar

Takziah buat keluarga arwah Yus Jambu. Al Fatihah.

-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Anak Kedua Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel (Gambar)
-- Diana Danielle Bersalin Anak Kedua Dalam Air Water Birth
-- Arwah Faizal Pesan Kpd Anak Jgn Nakal, Jaga Mak - Siti Nordiana
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)
-- Siti Nordiana Bangkit Di Gegar Vaganza 2 (Gambar)

No comments: