ad ld

Monday, November 9, 2015

Lorong Kecil Ke Syurga Drama Terbaik Anugerah Skrin ASK 2015

Drama terbitan Aniq Communication Sdn Bhd berjudul Lorong Kecil Ke Syurga diangkat sebagai Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Drama tersebut menewaskan drama lain seperti Cahaya Cinta, Dari Pintu Neraka, Kereta Kita dan Seligar.

Lorong Kecil Ke Syurga  turut menggondol anugerah bagi Pengarah Terbaik Drama (Raja Mukhriz), Penyunting Terbaik Drama (Akashdeep Singh), Lakon TV Terbaik (Joe Sidek)  dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Raja Ilya).

Manakala pelakon Sara Ali pula diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Hak. Antara calon yang tewas dalam kategori tersebut adalah Siti Saleha, Sheila Rusly, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Diana Danielle.

Pelakon Amar Asyraf pula diumum sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi drama Dari Pintu Neraka. Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh aktor cilik Izuan Fitri  menerusi lakonan cemerlangnya dalam Penyabong.

Kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem pula dimenangi oleh Lisa Surihani menerusi filem Dendam Orang Mati menewaskan Izara Aishah, Nora Danish, Liyana Jasmay dan Nadiya Nisaa.

Beto Kusyairy muncul sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Gila Baby. Beto menewaskan barisan pelakon hebat Wan Hanafi Su, Bront Palarae, Ady Putra dan Fizz Fairuz.

-- Anak Kedua Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel (Gambar)
-- Perkahwinan Asyraf Datuk K Dan Nurtria Model Indonesia Di Hotel Majestic (Gambar)
-- Sultan Johor Nazar Derma RM1Juta TMJ Derma Kpd Masjid JDT Juara Piala AFC (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
-- Datuk Vida Qu Puteh Ada 10 Crown Paling Mahal RM100K Ditempah Di Hong Kong (Gambar)

No comments: