ad ld

Saturday, June 21, 2014

Itali Dikalahkan Costa Rica Penyebab England Balik Awal Piala Dunia 2014

England secara rasminya tersingkir daripada aksi Piala Dunia selepas Costa Rica menang tipis 1-0 ke atas Itali dalam aksi Kumpulan D, awal pagi Sabtu.


Gol kemenangan Costa Rica dijaringkan ketua pasukan, Bryan Ruiz pada minit ke-44. Kemenangan itu membolehkan Costa Rica yang mengejutkan Uruguay pada perlawanan pertama, menduduki tempat teratas kumpulan dengan enam mata daripada dua perlawanan dan layak ke pusingan kalah mati.

Manakala England tewas dua perlawanan dan tanpa sebarang mata. Namun The Three Lions akan melengkap jadual perlawanan kumpulan bertemu Costa Rica pada 24 Jun ini. Itali dan Uruguay akan bertemu pada Selasa ini dan keputusan tersebut akan menentukan nasib mereka bagi  mengiringi Costa Rica pada peringkat seterusnya selepas yang masing-masing memiliki tiga mata daripada dua perlawanan. mstar

-- Datuk Rahmah Bekas Timb Menteri Sakit Alzheimer Diletakkan Di Pusat Jagaan (Gambar)
-- Uqasha Senrose Kini Bertudung (Gambar)
-- Keputusan Piala Dunia Columbia vs Ivory Coast Pecah Rekod 20 Tahun
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)

No comments: