ad ld

Friday, June 20, 2014

Keputusan England vs Uruguay Suarez Punca Kekalahan England (Gambar)

Luis Suarez menjadi hero pasukan Uruguay selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas England pada aksi Piala Dunia Kumpulan D, Jumaat. Walaupun baharu sahaja pulih daripada kecederaan lutut, Suarez mampu beraksi dengan baik dan mengganggu corak permainan England.


Pastinya Suarez menghadiahkan dua jaringan ini kepada jurulatih Oscar Tabarez yang memberi kepercayaan kepadanya untuk berdepan dengan The Three Lions. Suarez membuka jaringan pada minit ke-39 dengan mudah melepasi barisan pertahanan England.

Sementara itu, gol penyamaan hadir melalui Wayne Rooney pada minit ke-75 hasil daripada hantaran Johnson. Namun Suarez sekali lagi menewaskan penjaga gol England, Joe Hart untuk jaringan kemenangan Uruguay. mstar

Senarai pemain  
England: Hart, Johnson,Cahill,Jagielka, Baines,Henderson,Gerrard,Sterling,Rooney,Welbeck, Sturridge 

Uruguay:Muslera,Caceres,Gimenez,Godin,Pereira,Gonzalez,Rios,Lodeiro, Rodriguez, Cavani, Suarez

--  Jenazah Ummi Nadiah Filzah Daud Pelajar Di Mesir Tiba Di Malaysia
--  Maria Farida Dan Bikini Jadi Isu Di Instagram (Gambar)
--  Pembaca Berita TV3 Dicium Brian McKnight Atas Pentas Konsert Di PWTC?
--  Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)

No comments: